Sejak akhir-akhir ini, beg siz kecil memang menjadi sambaran wanita. Semuanya mahu berlagak cute dengan beg bersaiz kecil. Sehingga kini masih menjadi tanda tanya apa yang boleh dimuatkan dalam beg bersaiz XS ini. Tapi trend manja ini sudah mula masuk pada gerobok jejaka pula. Langsung tidak takut untuk menundukkan lagak maskulin, Virgil Abloh lancarkan beg saiz micro mini di Louis Vuitton.
Saranan gaya baru Abloh selaku Pengarah Artistik Louis Vuitton adalah menggayakan beg XS The Keepall juga the Steamer. Ia ditambah lebih gah dengan penggunaan material kanvas ikonik Louis Vuitton, Monogram Macassar dan Distorted Damier. Corak Damier kali ini diberikan gubahan baru yang diinspirasikan daripada muzik genre Ska. rona hitam putih dimadukan bersama palet saffron yang menjadi warna penting Louis Vuitton.
Bagi melengkapkan beg mini ini, Abloh menghiasi permukaan beg dengan amskot baru Louis Vuitton. Ada Zoooom dengan rakan-rakannya yang membawa simbol omtimistik dan mischievous! Maskot yang baru diperkenalkan ini dijahit tenun pada permukaan beg seakan lencana baru Louis Vuitton. Ia dikait indah dengan kemasan tiga dimensi mencipta rasa playful pada beg saiz micro ilham Virgil Abloh. Beg ahrian ini boleh poakai sampai ke malam, terima kasih pada pemegang beg yang nampak lebih formal.
Pautan berkenaan: Sehari Bersama Peggy Gou, Lihatnya Beraksi Dengan Louis Vuitton