Jurusolek selebriti terkenal Khir Khalid berkongsi lapan produk utama yang dia gunakan kala merias Alicia Amin sempena majlis pernikahannya semalam.
Model dan aktres, Alicia Amin selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Farzan semalam. Berlangsung dalam majlis yang sederhana seiring dengan situasi semasa, pasangan sepadan ini sempat tampil dalam dua persalinan dalam meraikan hari bersejarah mereka berdua. Alicia tampil dalam dua persalinan putih dan kedua-duanya direka oleh Alia Bastamam. Untuk majlis nikahnya, hijab Alicia distailkan oleh Naz, dan untuk gaya keduanya yang mana dia tampil dalam dandanan rambut basah (flapper) hasil dandanan penggaya rambut tersohor, Ckay Liow.
EH! menghubungi jurusolek Khir Khalid untuk mendapatkan butiran produk yang dia gunakan untuk merias wajah Alicia yang tampak cukup berseri-seri. Ini lapan produk yang Khir gunakan.