Tahukah anda logo Apple yang berada di belakang iPhone boleh berfungsi sebagai butang? Berikut adalah tiga trik yang boleh anda cuba untuk mengoptimakan penggunaan telefon pintar anda.
Hari ini, pengeluar telefon pintar utama berlumba-lumba untuk mengadaptasikan teknologi terkini untuk menghasilkan gajet yang terbaik buat pengguna. Telefon pintar kini menjadi sahabat baik yang dapat memudahkan kehidupan harian dalam semua aspek. iPhone tidak ketinggalan dengan menambahkan pelbagai fungsi dan aplikasi baharu, yang adakalanya tidak disedari oleh pengguna mereka sendiri.
Berikut adalah tiga trik yang boleh anda cuba untuk mengoptimakan penggunaan iPhone anda nanti:
1. Logo Apple Sebagai Butang Rahsia
Tahukah anda logo Apple yang berada di belakang iPhone boleh berfungsi sebagai butang? Ia bukan hanya logo pemasaran Apple. Selepas mengeluarkan iOS 14 yang terbaharu, Apple telah menambahkan fungsi Back Tap yang akan menukarkan belakang iPhone anda sebagai butang. Anda boleh set apa jua fungsi tertentu pada butang Back Tap itu mengikut kemahuan anda. Terdapat dua pilihan iaitu Double Tap dan Triple Tap yang anda boleh set sebagai butang seperti Lock Screen, Siri, Home ataupun butang Volume.
Cara menggunakan butang Back Tap: (Settings – Accessibility – Touch – Back Tap – Double Tap – tekan fungsi pilihan anda)
Ulangi langkah-langkah ini untuk set fungsi Triple Tap pula. Pastikan anda update versi iOS yang terbaharu sebelum menggunakan fungsi baharu ini.