Gedung jualan dalam talian tersohor, ZALORA melancarkan ZALORA BEAUTY FESTIVAL, memberi ruang untuk anda menikmati harga belian terendah dengan potongan harga mencecah 50 peratus termasuk peluang mendapatkan hadiah istimewa bermula 8 sehingga 15 Mac 2021.
Siapa kata di era norma baharu ini orang tidak lagi berbelanja produk kecantikan. Jika ada yang beranggapan sedemikian anda salah besar. Mengikut kajian yang dijalankan produk kecantikan masih terus dicari dan dibeli, yang berubah cuma mungkin fokus pembeliannya. Hari ini ramai yang lebih menjurus membeli produk yang bersifat menjaga dan memelihara seperti produk penjagaan kulit , badan dan rambut. Mengikut kajian di Amerika juga mendapati, jualan alat kecantikan juga terus meningkat kerana rata-rata wanita mahu melakukan rawatan kecantikan di rumah sama seperti yang biasa mereka nikmati di salon atau spa kecantikan. Dan kami di EH! percaya produk kecantikan akan terus menerima permintaan kerana look good is the essential to feel good.
ZALORA Beauty Festival adalah satu bukti menunjukkan bahawa permintaan produk kecantikan terus bercambah. Penganjuran ini bukanlah kali pertama dan berlandaskan kapad sambutan penganjuran sebelum ini ZALORA nekad untuk meneruskan festival ini dengan mempelbagaikan lagi jenama serta produk kecantikan yang rata-ratanya punya pengikut mereka tersendiri.
Menurut Giulio Xiloyannis, Ketua Pegawai Komersial ZALORA, “Kategori kecantikan di ZALORA menawarkan pelbagai jenama dan produk sekaligus mengembangkan tawaran fesyen kepada pelanggan. Kami berterima kasih kepada semua atas sokongan berterusan lantas menjadikan kategori kecantikan antara kategori yang mendapat sambutan lantas membuatkan pelbagai jenama percaya dengan kemampuan kami untuk berkerjasama dengan produk dan kempen eksklusif mereka.”
Antara jenama yang terlibat dalam ZALORA Beauty Festival ialah Paula’s Choice, Foreo, Laura Mercier, NARS, Benefit, MAKE UP FOR EVER, Laneige, OGAWA, The Body Shop, Elizabeth Arden, Shiseido, Sulwhasoo, Aveda, Dyson dan banyak lagi. Anda berpeluang untuk mendapatkan produk dari jenama ini dalam harga yang menarik dan berpeluang mendapatkan hadiah percuma.
ZALORA Beauty Festival juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti tutorial solekan Oleh pakar di Instagram rasmi ZALORA dan anda berpeluang memenangi hadiah istimewa sewaktu aktiviti ini berlangsung. ZALORA turut menjalin kerjasama dengan selebriti dan influencer terkenal seperti Amelia Henderson, Ameera Khan, Sharifah Rose, Venice Min dan Nana Law. Klik laman ZALORA Beauty Festival di sini untuk menikmati tawaran harga menarik.
Penganjuran festival ini juga dilihat seiring dengan keraian Hari Wanita Antarabangsa dan Zalora mahu meraikannya dengan dengan mendekati semua wanita dalam meraikan kepelbagaian rupa dan memperkasakan wanita dalam hal-hal berkaitan kesihatan dan kecantikan.
14 Produk Ikonik di ZALORA Beauty Festival
SK-II Facial Treatment Essence Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate Sulwhasoo First Care Activating Serum
SK-II Facial Treatment Essence– Inilah esen wajah paling ikonik di seluruh dunia. SK-II Facial Treatment Essence yang mengandungi pitera ini sudah digunakan oleh 1.7 juta wanita dari seluruh dunia. Pitera adalah bahan bio semula jadi yang mengandungi 50 nutrien mikro seperti vitamin, mineral, asid amino dan asid organik.
Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate– Serum nombor satu di Shiseido ini khabarnya terjual sebotol setiap tujuh minit dan sudah digunakan oleh 10 juta orang sementelah ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi manfaat cendawan Reishi dan ekstrak akar iris yang bertindak menguatkan kulit untuk berhadapan dengan faktor kerosakan kulit setiap hari. Hasilnya pertahanan kulit lebih kuat 28 peratus selepas satu minggu digunakan.
Sulwhasoo First Care Activating Serum– Hasil kajian selama 23 tahun, Sulwhasoo akhirnya menemui formula terbaik untuk langkah pertama dalam penjagaan kulit. Serum ini dimewahkan dengan herba yang bagus untuk mengawal tanda penuaan kulit untuk wajah yang lebih berseri dan muda. Sejak diperkenalkan, seramai 400,000 ribu orang sudah membeli sekurang-kurangnya 10 botol serum ini.
Laneige Lip Sleeping Mask (Berry) Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA (Salicylic Acid) Liquid Elizabeth Arden Advanced Ceramide Capsules Daily Youth Restoring Serum
Laneige Lip Sleeping Mask– Pupur bibir ini dicipta untuk menyingkirkan sel kulit mati, membuat kulit bibir lembap dan lembut keesokan hari. Ekstrak beri mewah dengan vitamin C dan anti-oksidan yang bertindak merawat bibir kering dan kasar. Gunakan setiap malam dan bersihkan dengan tisu apabila anda bangun dari tidur.
Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA (Salicylic Acid) Liquid– Produk pengelupasan ini bertindak menyingkirkan sel kulit mati pada permukaan kulit juga di dalam pori, membuatkan kulit mulus dan lebih anjal. Ia membersih dan merapatkan pori wajah dan juga mampu meningkatkan penghasilan kolagen dan memudarkan kedutan.
Elizabeth Arden Advanced Ceramide Capsules Daily Youth Restoring Serum– Kapsul yang dimewahkan dengan ceramide ini membantu untuk memperbaharui dan menyimpan kembali ceramide yang semakin hilang kesan daripada peningkatan usia. Teknologi ceramide dalam kapsul Elizabeth Arden ini membantu menguatkan pertahanan lembapan kulit agar kekal hidrat sebagaimana yang diperlukan oleh semua kulit untuk nampak kekal muda.
NARS Radiant Creamy Concealer Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder Make Up For Ever Ultra HD Stick Foundation
NARS Radiant Creamy Concealer– Ini adalah penyamar cela nombor satu di Amerika dan menjadi kesukaan ramai jurusolek profesional serata dunia. Punya pilihan warna yang bervariasi, teksturnya sangat ringan namun mampu memudarkan cela, menjadikan asas solekan nampak sempurna dan mampu bertahan selama 16 jam. Ia juga boleh dijadikan sebagai krim kontur juga highlight, bergantung pada warna dan area wajah yang anda calitkan.
Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder– Tidak lengkap meja solek anda jika tiada bedak ini. Bedak tabur ini antara produk ikonik dalam dunia solekan dan sudah memenangi banyak anugerah kecantikan seluruh dunia. Aplikasinya yang halus, bertekstur ringan dan membuatkan solekan kekal pusam (matte) selama 12 jam. Hadir dalam tiga ton- cerah, medium dan gelap.
Make Up For Ever Ultra HD Stick Foundation– Bedak asas dalam bentuk stik ini bertekstur krim, mudah dimesrakan pada kulit dan anda boleh menetapkan litupannya, ringan mahupun tebal bergantung sebanyak mana amaun sapuan. Ia meluncur lembut pada kulit dan tidak nampak tebal, bagaikan kulit kedua. Pilihan warnanya juga banyak, pasti ada satu yang sesuai dengan ton kulit anda.
Aveda Invati Advanced™ Exfoliating Shampoo (Light) The Body Shop Ginger Scalp Care Shampoo
Aveda Invati Advanced™ Exfoliating Shampoo (Light)– Bahannya terdiri daripada 94 peratus sumber semula jadi. Ia menyegarkan kulit kepala, menjadikannya lembut dan subur dan dalam masa yang sama menjadikan pertumbuhan rambut yang lebih tebal dan lebat. Sesuai buat semua jenis kulit kepala, dari normal ke kering.
The Body Shop Ginger Scalp Care Shampoo – Rambut yang sihat bermula dari kulit kepala yang sihat. The Body Shop menghasilkan syampu berasaskan halia yang bertindak menyihatkan kulit kepala, mengurangkan masalah kulit kepala berkuping dan kering. Ia juga bertindak baik dalam merawat masalah kelemumur.
Dyson Supersonic Hair Dryer Foreo Luna 3 Habo by Ogawa At-Home IPL Hair Removal Device
Dyson Supersonic Hair Dryer– Antara pengering rambut paling diidam ramai, pengering rambut Dyson Supersonic ini dilengkapi teknologi yang sensitif dengan kondisi rambut, yang mana tiupan angin dan kepanasannya bergantung kepada keadaan kulit kepala dan rambut anda. Hasilnya, rambut lebih bersinar, nampak lembut dan dalam masa yang sama proses pengeringan juga pantas.
Foreo Luna 3– Kulit tidak pernah selembut ini selepas tiap kali wajah dibersihkan. Penggunaan Foreo Luna 3 selama tiga minit setiap kali mencuci wajah mampu membersihkan kulit secara total. Permukaan alat cucian ini sesuai untuk semua kulit, ia bertindak lembut termasuklah pada kulit sensitif. Kini anda boleh bawa pengalaman mencuci wajah di spa ke kamar mandi anda.
Habo by Ogawa At-Home IPL Hair Removal Device– Alatan bersaiz mini ini berkesan dalam menyingkirkan bulu secara kekal. Ia dicipta untuk mematikan kitaran pertumbuhan bulu menerusi tenaga cahaya yang dipancarkan kepada permukaan kulit dan diserap oleh melanin di dalam folikel bulu. Ia dilengkapi dengan sensor ton kulit automatik.