Dua jenama ikonik lokal, BookXcess dan Dato’ Sri Bernard Chandran berkolaborasi dalam mempersembahkan pameran restrospektif berjudul ‘Dreams & Reality’ yang boleh dikunjungi di Fahrenheit88, Kuala Lumpur hari ini.
Dalam memberikan inspirasi kepada generasi masa hadapan negara, BookXcess dan ikon fesyen Malaysia, Dato’ Sri Bernard Chandran bersatu dalam kolaborasi eksklusif berjudul ‘Dreams & Reality’. Pameran restrospektif ini mempersembahkan bagaimana buku dan fesyen dapat menyulami kreativiti dan inspirasi untuk menyemarakkan mimpi menjadi kenyataan.
Pameran yang diadakan di pusat beli-belah, Fahrenheait88, Kuala Lumpur ini akan membawa pengunjung menyusuri penyatuan antara fesyen dan ilmu dalam sebuah ruang eksperimental yang cukup unik. Ia mempunyai ’16 buah bilik’ yang memaparkan koleksi daripada Dato’ Sri Bernard Chandran yang mempunyai kisah dan sejarah yang tersendiri. Setiap rekaan yang dihasilkan adalah seperti a work of art, dan ia dihasilkan penuh ketelitian dengan teknik dan fabrikasi nan mewah dalam menghidupkan aura penuh keagungan.
“Kolaborasi ini lahir daripada kepercayaan personal saya yang mana buku memainkan peranan yang penting dalam meluaskan pemikiran dan apabila didedahkan kepada pelbagai perkara, ia dapat membina versi diri yang lebih baik. Sebagai seorang yang banyak membaca dan pengumpul pelbagai jenis buku, saya juga dalam misi untuk menginspirasikan pereka fesyen lokal generasi baharu dengan berkongsi ilmu bersama pengalaman saya selama ini. Saya percaya kolaborasi bersama BookXcess dapat memberikan inspirasi kepada generasi masa hadapan untuk melangkah ke arah yang betul dan saya percaya akan menuju kejayaan,” Kata Dato’ Sri Bernard Chandran.
Pengunjung ke pameran restrospektif ‘Dreams & Reality’ berpeluang untuk membawa pulang penanada buku fabrik yang direka sendiri oleh Dato’ Sri Bernard Chandran. Penanda buku ini akan memberikan diskaun sebanyak 20% untuk buku terpilih di BookXcess Fahrenheit88 yang berkaitan dengan fesyen, seni, aksesori, seni bina dan desain, Tambahan lagi, bersempena dengan kolaborasi ini pengunjung juga boleh mendapatkan buku kulit keras “Fashion 150: 150 Years/ 150 Designers” oleh Arianna Piazza dengan harga istimewa RM35 (RRP: RM293.00; BookXcessonline: RM79.90).
Pameran retrospektif ‘Dreams & Reality’ kini sudah boleh dikunjungi oleh semua secara PERCUMA. Jangan ketinggalan untuk menyelami pengalaman dan melihat sendiri sentuhan artistik pada hiasan depan BookXcess Fahrenheit88 yang menggabungkan buku dan himpunan unik oleh Dato’ Sri Bernard Chandran nanti.
Baca lebih lanjut: Dua Edisi MINI Cooper Countryman Baharu