Tular di seluruh dunia mengenai perpisahan antara Jennifer Lopez dan Alex Rodriguex dua hari lalu. Namun nampaknya ada berita baik buat peminat power couple ini.
Menerusi satu laporan semalam, J-Lo dan Alex tidak berpisah seperti berita yang tular Sabtu lalu. Demi mempertahankan hubungan ini, mereka mengambil langkah matang dengan berusaha dua kali ganda untuk menyelesaikan beberapa isu yang timbul.
Satu sumber memberitahu People, J-Lo dan Alex pernah melalui saat-saat sukar dalam perhubungan dan Sabtu lalu adalah titik kemuncak yang menggugat pertunangan mereka.
“Mereka telah pun mempunyai masalah sebelum J-Lo terbang ke Republik Domika untuk penggambaran filem Shotgun Wedding. Jarak menyukarkan keadaan kerana mereka tidak dapat bersemuka dan menyelesaikan isu yang timbul. Namun mereka mencintai satu sama lain dan ingin menyelamatkan perhubungan ini.”