Musim bunga ini, pakaian dalam Triumph Fit Smart tanpa-wayar yang popular kini hadir dalam tiga warna menawan; Desert Rose, Nude Beige dan Café Latte.
Ada mitos mengatakan pemakaian bra berwayar memberi kesan buruk untuk masa panjang yang berlarutan. Sejujurnya daripada pengalaman saya sendiri, ada buruk dan baiknya. Walaupun ada kalanya ia tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang lama, namun ia setelah mengetahui cara dan mula biasa anda akan mula menghargai bagaimana ia memberi support kepada payudara anda dengan baik.
Namun, jika anda masih tidak selesa setelah beberapa minggu, kemungkinan besar anda memakai ukuran yang salah. Dengan itu, carilah varian yang sesuai atau bertanyalah kepada yang lebih arif, contohnya penjual jenama pakaian dalam yang diiktiraf.
Baru-baru ini Triumph, pengeluar pakaian dalam terkemuka dunia jenama teras Triumph® dan sloggi® memperkenalkan rangkaian pakaian dalam yang dinaik taraf, iaitu Fit Smart 2.0 yang cukup inovatif tanpa wayar selain menampilkan gaya feminin kepada pemakai. Semak muka surat sebelah untuk mengenali rangkaian ini dengan lebih lanjut!