Selepas insiden pembunuhan enam wanita berbangsa Asia di Atlanta, barisan selebriti menggunakan #StopAsianHate pada platform media sosial untuk menyuarakan reaksi mereka mengenai isu perkauman terhadap bangsa Asia yang semakin meningkat di Amerika Syarikat.
Pada 18 Mac lalu, lapan orang telah terbunuh dalam satu serangan pengganas di sebuah pusat kesihatan di Atlanta, Amerika Syarikat. Daripada lapan mangsa tembakan itu, enam mangsa merupakan wanita berbangsa Asia yang bekerja di Young’s Asian Massage, Gold Spa, and Aromatherapy Spa. Insiden pembunuhan itu telah mengejutkan dunia, lagi-lagi rakyat Amerika Syarikat berbangsa Asia yang menggunakan #StopAsianHate selepas menyaksikan peningkatan isu perkauman yang semakin kronik.
Barisan selebriti antarabangsa berbangsa Asia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap masalah sosial ini dengan menggunakan platform media sosial. Antarannya pelakon trilogi “To All The Boys”, Lana Condor, Siwon Choi daripada kumpulan K-pop Super Junior, pelakon “Carzy Rich Asians”. Gemma Chan, Jackson Wang daripada kumpulan GOT7, pemenang Golden Golden, Sandra Oh dan ramai lagi.
Insiden pembunahan di Atlanta itu adalah sebahagian daripada paten gangguan dan masalah perkauman yang dilalui oleh rakyat AAPI (Asian American Pasific Islander). Ia mula meningkat selepas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyalahkan China selepas penularan pandemik Covid-19 yang telah melumpuhkan ekonomi dunia. Pada perhimpunan politik di Tulsa, Donald Trump menggelar Covid-19 sebagai ‘kung flu’ dan ‘China virus’ yang telah meningkatkan keganasan terhadap rakyat berbangsa Asia.
Tanda pagar #StopAsianHate juga trending di platform media sosial utama seperti Instagram dan Twitter. Berikut adalah reaksi selebriti antarabangsa berbangsa Asia terhadap masalah perkauman yang turut dilalui oleh mereka sendiri: