Jennie Blackpink sentiasa dikagumi peminat di seluruh dunia disebabkan kecantikan semula jadi yang dimilikinya.
Justeru tidak hairanlah jika pakar pembedahan plastik mendedahkan pelanggan mereka sering menjadikan wajah Jennie Blackpink sebagai rujukan untuk mendapatan rawatan kecantikan.
Baru-baru ini, saluran YouTube Ayo menjemput dua pakar pembedahan plastik yang mengetahui selok-belok industri K-Pop ke rancangan Comment Defenders.
Menerusi episod tersebut, seorang penonton bertanya kepada pakar yang dikenali sebagai Park Moon So dan Kook Hwa dari Moon Clinic di Gangnam, foto siapakah yang perlu dibawa sebagai rujukan jika dia mahu mendapatkan suntikan botoks di bahagian garis wajah dan rahang; Jennie Blackpink atau Jung Chaeyeon DIA.