Pelantun lagu Your Power, Billie Eilish pernah bercakap mengenai tatu pertamanya namun menjelaskan tidak akan sesekali mendedahkan kepada peminat.
Namun ternyata dia berubah fikiran! Menjadi penghias kulit majalah British Vogue edisi Jun 2021, Billie tampil bergaya dalam korset dan stoking yang mendedahkan sebahagian daripada tatunya yang besar di bahagian pinggul.
Sukar untuk menyatakan secara jelas apakah simbol tersebut namun peminat di media sosial membuat anggapan bahawa ia adalah rekaan naga.