Kumpulan K-Pop popular, BTS mencipta sejarah apabila membawa pulang empat anugerah Billboard Music Awards 2021.
BTS yang mencipta nama di Hollywood menerusi lagu Dynamite berjaya memenangi anugerah Top Duo/Group, Top Social Artist dan Top Song Sales Artist.
Mereka juga memenangi trofi Top Selling Song menerusi lagu tersebut, mengalahkan lagu-lagu hebat iaitu I Hope (Gabby Barrett dan Charlie Puth), WAP (Cardi B dan Megan Thee Stallion), Blinding Lights (The Weeknd) dan Savage (Megan Thee Stallion yang turut menampilkan Beyonce).