Siapa dapat menduga Bella Poarch muncul sebagai wajah internet terhangat masa kini? No one.
Now that she’s on top, kami suka malah rasa terinspirasi melihat stail juga perkembangan karier Bella dalam industri. Like, she made it. Baru sahaja melancarkan single pertama, ‘Build a Bitch’ beberapa minggu lepas, namun telah pun berjaya meraih jutaan tontonan YouTube. Dan lagunya sangat popular menjadi lagu latar untuk variasi ‘challenge’ di TikTok. Boleh dianggap, lagu ‘Build a Bitch’ itu antara lagu paling popular untuk tahun 2021, setakat ini. We are obsessed with it!
Bella mencuri tumpuan sejak tahun lepas lagi, pabila kandungan TikTok-nya menjadi viral dan ikutan ramai. Dialah antara yang terawal mempopularkan filter ‘Zoom Face’ di TikTok, langsung menjadi ikutan ramai serta wajah cheeky-nya sewaktu menggunakan filter tersebut mula membentuk trend baharu. Terutamanya di kalangan generasi muda yang obses bermain TikTok. Dengan satu posting di TikTok sahaja, Bella dapat jumlah tontonan lebih sejuta dalam waktu yang singkat. People love her.
Lagi pun, wajah unik dan comel Bella, yakni campuran darah Filipina dan Amerika, sekaligus menjadikannya figura Asian American yang terhangat buat masa sekarang.
Selain bijak mencipta kandungan TikTok, Bella punya stail dan citra cantik yang mengagumkan. Sering berkongsi gaya solekan dan dandanan rambut yang eksentrik, dan sekarang gayanya terarah berkonsep anime, pastinya mencetus inspirasi buat semua golongan. Sejak kebelakangan ini, stail Bella bertukar kepada karakter anime, seperti rambut pigtail yang tebal, dan suai padan baju yang mostly warna hitam, terkadang berwarna warni, nyata mengambil esensi karakter anime sebagai ilham. Bergantunglah kepada bayangan karakter anime tertentu yang dikarya Bella pada sesuatu masa itu.
Perihal cantik Bella usah dinafikan lagi, we love how unique her makeup is! Solekannya tidaklah terlalu pelbagai atau ‘experimental’ seperti kebanyakan ‘beauty influencer’ yang lain, fokusnya adalah pada warna-warna bibir dan penggunaan pada warna soket mata yang memainkan peranan untuk menguatkan kecirian karakternya.
Ia dijadikan titik fokus pada wajahnya dalam menjelmakan sesuatu watak dengan cemerlang. Kehadiran Bella dalam industri muzik turut membuktikan bahawa populariti yang diraih melalui media sosial, sudah memadai untuk seseorang itu mengembangkan karier-karier lain untuk menjadi lebih stabil. Proved that you can be somebody too.
Ayuh, semak posting Bella Poarch yang we love!
Artikel berkaitan: Inspirasi ‘STYLING’ Tiga Influencer Hijabi Lokal