Semakin hari semakin banyak isu kesihatan mental seperti keresahan dan kemurungan direkodkan di seluruh dunia.
Sejak akhir-akhir ini juga bertambah ramai selebriti Korea dilaporkan mengalami keresahan melampau, panik, kemurungan dan sebagainya sehingga ada yang bertindak meragut nyawa sendiri.
Justeru apabila ahli kumpulan TWICE, Jeongyeon mengumumkan mahu berehat disebabkan isu panik dan kegelisahan melampau, peminat mula berasa bimbang.