Perjalanan ‘tahun kesihatan’ Rebel Wilson membuahkan hasil apabila dia berjaya menurunkan 30 kilogram berat badan bermula tahun lalu.
Kini, Rebel berkongsi pencapaiannya yang mengagumkan dengan memuat naik foto terbaharu buat tatapan 10.2 juta pengikutnya di Instagram.
Foto tersebut menunjukkan pelakon berusia 41 tahun itu sedang memandang ke arah kamera dengan wajah berseri berserta riasan bibir merah jambu dan mata smokey. Rambutnya yang perang dibiar lepas melepasi bahu.