Semalam, nama Siti Saleha tiba-tiba hangat diperkatakan di media sosial.
Desas-desus tersebar mengatakan rumah tangga Siti Saleha bersama suami, Ahmad Lutfi Azhar sedang bergolak setelah dia dirakam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah.
Perhubungan mereka nampaknya lebih parah daripada yang dijangka apabila memaklumkan dia hadir bagi prosiding sebutan kes perceraiannya.
Prosiding yang turut dihadiri Ahmad Lutfi berlangsung sekitar jam 10 pagi dilakukan di hadapan hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.