Empat tahun menjalin hubungan cinta, Park Shin Hye mendedahkan dia akan bergelar isteri tidak lama lagi.
Jejaka yang berjaya memenangi hati Park Shin Hye tidak lain tidak bukan adalah Choi Tae Joon, pelakon yang memegang watak utama dalam drama Exit dan So I Married The Anti-fan.
Pasangan ini mula menjalin hubungan pada penghujung tahun 2017 sebelum mendedahkan percintaan mereka kepada peminat pada Mac 2018.