Rancangan BTS untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Grammy terpaksa dibatalkan.
Semalam, CBS dan Akademi Rakaman sekali lagi mengumumkan penangguhan Anugerah Grammy ke-64 disebabkan peningkatan kes Covid-19 dan kemunculan varian Omicron di Amerika Syarikat.
Keputusan itu dicapai selepas pihak penganjur membuat perbincangan dengan pihak berkuasa, pakar kesihatan dan komuniti artis.
“Memandangkan terdapat banyak ketidakpastian mengenai varian Omicron, adalah terlalu berisiko untuk kami meneruskan acara itu,” kata pihak penganjur menerusi satu kenyataan.