Lembaran 2022 baharu sahaja dibuka, dan pengacara dan juga ahli perniagaan, Shalma Ainaa mengharapkan tahun ini lebih berwarna-warni.
Tengahari itu kami seisi kru dan juga Shalma Ainaa duduk berhimpun di kamar suit Ritz Carlton Kuala Lumpur. Suit nan luas itu dilengkapi dengan dua bilik, jadi satu kami jadikan bilik bersiap dan satu lagi kami jadikan ruang untuk penggambaran istimewa ini.
Apa yang istimewanya? Kerana penggambaran ini menjadikan Shalma Ainaa antara 10 orang pertama di Malaysia yang berpeluang mencuba rangkaian produk terbaru Chanel, N°1 de Chanel. Koleksi ini adalah rangkaian sulung Chanel yang lengkap segala-galanya, yakni dari item penjagaan kulit seperti mencuci muka, serum dan pelembap, ia juga disambung dengan koleksi alat solek termasuk bedak asas. Malah himpunan ini juga dilengkapi dengan sebotol haruman.
Tidak lengkap rasanya tahun baharu tanpa bertanyakan resolusi. Menurut Shalma dia mahu tahun ini dia memberi fokus yang lebih kepada dirinya sendiri. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 bersama Wan Imar Mohammad Khair-il Anuar, dia cukup bertuah ditemukan dengan pasangan yang cukup memahami.
“Saya mahu lakukan apa sahaja yang menggembirakan dan membahagiakan diri. Saya mahu luangkan masa untuk menjaga dan menghargai diri sendiri. Dalam masa yang sama saya juga mahu mencari peluang untuk memperbaiki diri menjadi versi yang lebih baik.”
Tahun ini juga Shalma mahu lebih peka tentang keadaan sekeliling. Dia melihat kelestarian alam (sustainability) juga perlu diambil kira. Menganggap apa yang berlaku sebelum ini (isu banjir misalnya), ada kaitan dengan apa yang manusia kerjakan selama ini. Baginya apa yang berlaku adalah refleksi kepada kerja tangan manusia sendiri.
PILIHAN EH!
Seperti disebut awal tadi, penggambaran ini sangat eksklusif kerana kami dan Shalma diberi peluang mendekati rangkaian N°1 de Chanel. Untuk anda, kami pilihkan tiga item mesti cuba dari rangkaian yang mengekploitasi manfaat hebat bunga camelia merah.
Red Camellia Revitalizing Serum (RM475), serum ini dicipta untuk mengelakkan lima tanda penuaan dan ia mengandungi 76 peratus bahan manfaat bunga camelia. Teksturnya jernih dan mudah diserap kulit. Sapukan serum ini pada wajah yang sudah disapu rata dengan losen, Red Camellia Revitalizing Lotion.
Red Camellia Revitalizing Cream (RM450), pelembap wajah ini adalah padanan sempurna selepas sapuan serum. Teksturnya padat dan pekat namun terasa ringan saat disapu pada kulit wajah. Manfaatnya mengguna pakai 75 peratus daripada bunga camelia merah. Baunya juga menenangkan. Ia juga dijual dalam versi isian semula (RM383).
Red Camellia Revitalizing Foundation (RM320), bedak asas ini teksturnya cukup ringan dan mudah diratakan biarpun hanya menggunakan jari. Ia mengandungi 94 peratus bahan semula jadi.
Dapatkan himpunan lengkap N°1 de Chanel di sini.
Baca: N°1 de Chanel, Rangkaian Eksklusif Melengahkan Tanda Penuaan