Ulang tahun kelahiran Cristiano Ronaldo tahun ini nyata lebih bermakna apabila dia berjaya mencipta rekod peribadi baharu.
Sehari selepas menyambut ulang tahun ke-37, Ronaldo melakar sejarah dengan menjadi individu pertama yang meraih 400 juta pengikut di Instagram.
Dengan 3,242 hantaran, dia memperoleh purata 10 juta tanda suka untuk setiap hantaran dan hanya mengikuti 500 akaun pengguna termasuk akaun Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.