Lebih sebulan mengumumkan perpisahan, Jason Momoa dilaporkan telah pulang ke pangkuan isterinya, Lisa Bonet.
Jason dan Lisa sepakat untuk memberi peluang kedua kepada rumah tangga yang telah lama dibina dan menurut sumber, khabar itu nyata menggembirakan dua cahaya mata mereka, Lola dan Nakoa-Wolf.
Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada 12 Januari lalu menerusi satu kenyataan di Instagram yang kini telah pun dipadam.
“Kita semua melalui tekanan dan perubahan dalam saat sukar ini. Revolusi sedang berlaku, begitu juga dengan keluarga kami. Jadi ingin dimaklumkan bahawa perkahwinan kami telah sampai ke penghujungnya.
“Cinta kami akan berterusan dan berkembang dengan cara yang ingin kami ingati. Kami membebaskan satu sama lain untuk menjadi diri kami yang baharu,” tulis Jason.