Buat kali ketiga di Malaysia, Tory Burch menjalinkan kolaborasi bersama TWG Tea untuk sajian Grand Tea Afternoon Tea Set yang bermula pada 10 Mac sehingga 4 April 2022.
Berkolaborasi buat kali ketiga di Malaysia, Tory Burch menjalinakn kolaborasi bersama jenama teh eksklusif, TWG Tea untuk sajian minum petang edisi terhad. Diinspirasikan daripada koleksi musim bunga/panas 2022 berjudul “An Imagined Journey”, label fesyen dari Amerika Syarikat itu dan TWG Tea menghasilkan Grand Afternoon Tea Set yang serba elegan dan eksklusif.
Stail dan kreativiti pada koleksi Try Burch diterjemahkan bersama seni gastronomi TWG Tea yang menjanjikan satu sajian minum petang yang bukan sahaja menyelerakan. Ia juga akan memberikan kepuasan pada setiap deria pengunjung. PIlihan cetak dan paten memberikan penghormatan kepada Claire McCardell yang mencintai desain jalur. Ekspresi warna palet yang ceria disatukan bersama merah, merah jambu, lavender, biru, hijau dan juga charteuse. Kombinasi bold dan terang yang dijaliankan cukup luar biasa.
“Koleksi musim bunga/panas 2022 diinspirasikan daripada kepintaran dan legasi Clair McCardell kepada helaian sukan Amerika yang merevolusikan rekaan gaun wanita. Beliau mengetepikan peraturan pemaiakain wanita, sebaliknya memberikan idea baharu untuk kehidupan hari ini. Desainnya menyuntik sisi kebebasan, menggalakkan ekspresi diri dan memperkasankan wanita dengan rekaan elegan kasual yang relevan hari ini dan juga tetika era 1940an.” – Tory Burch
Bermula dari 10 Mac sehingga 4 April 2022, menu istimewa ini boleh didapati secara eksklusif di TWG Tea Salons & Boutique yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur dan The Gardens Mall yang menjadi lokasi kepada butik Tory Burch di Malaysia. Grand Afternoon Tea Set ini bermula pada harga RM99++ yang hadir dengan minuman teh TWG panas ataupun sejuk free flow dan canapes yang boleh ditambah semula.
Kolaborasi ini juga menjanjikan pengalaman kulinari dan membeli-belah yang unik. Dengan setiap tempahan Tory Burch Grand High Tea Set, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan baucar tunai bernilai RM300 (tertakluk kepada terma dan syarat), yang boleh digunakan pada pembelian RM2,500 dan ke atas di butik Tory Burch Pavilion KL, The Gardens Mall dan Suria KLCC.
Pembelian koleksi terpilih Tory Burch juga akan menerima kad diskaun 20% yang boleh digunakan ke atas seleksi teh TWG, set hadiah serta produk lain di TWG Tea Pavilion KL dan The Gardens Mall.
Foto: Tory Burch & TWG Tea Malaysia
Baca lebih lanjut: Sinergi Seni Swatch Dan Centre Pompidou