Bermula 6 April hingga 5 Mei 2022, DÔME Café bakal menyajikan seleksi menu nasi Ramadan bercita rasa Asia dan Barat yang hadir bersama Ice Lemon Tea dan juga kurma secara percuma.
Ramadan bakal menjelma awal April ini dan pastinya ramai yang sangat teruja untuk menjamu pelbagai jenis makanan sebagai juadah berbuka puasa nanti. Dalam meraikan kehadiran bulan nan mulia ini, DÔME Café bakal menyajikan sajian nasi bercita rasa Asia dan juga Barat yang terus menjadi pilihan popular di kafe tersebut.
Bermula 6 April sehingga 5 Mei 2022, seleksi sajian nasi ini akan hadir bersama Ice Lemon Tea serta kurma secara percuma. Pengunjung boleh mencuba seleksi sajian utama seperti Nasi Lemak dengan pilihan Rendang Ayam atau Rendang Daging, Crispy Aromatic Spiced Fried Chicken, Salmon Steak, Juicy Roasted Chicken, dan juga Catch of The Day.
Salmon Steak (RM49.50)
Stik salmon Norway yang garing dipanggang bersama lemon, disempurnakan bersama sayuran saute mentega dan pilihan antara Buttered Rice atau Oven-Baked Potatoes. Pilihan yang terbaik buat peminat makanan laut.
Roasted Chicken with Mushroom Sauce (RM31.00)
Jika anda meminati sajian ayam, ayam bakar di atas pan ini perlu anda nikmati sebagai juadah berbuka puasa. Ia dihidangkan bersama sos cendawan dan juga sayuran segar, selain pilihan Tangy Fries ataupun Buttered Rice.
Nasi Lemak Chicken/Beef Rendang (RM29.50)
Sajian tradisional klasik Malaysia yang menampilkan nasi santan mewangi dan pilihan ayam goreng rangup penuh aroma, atau rendang ayam atau rendang daging. Tidak sempurna sajian nasi lemak tanpa kacang panggang, telur rebus, sambal dan keropok ikan.
Catch of The Day (RM40.00)
Kepingan ikan panggang yang disempurnakan dengan potongan lemon sebagai sentuhan kesegaran sitrus. Hidangan ini akan dihidangkan bersama sos Joinville, sayuran saute mentega dan juga nasi mentega. What a catch!
Setiap menu DÔME Café berasaskan nasi ini akan hadir bersama Ice Lemon Tea dan kurma bersempena Ramadan nanti. Peminat boleh mendapatkan promosi istimewa ini di Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, Bangsar Shopping Centre, The Gardens Mall, The Intermark Mall, Subang Parade, IPC Shopping Centre (Ikano), The Curve, Gleneagles Medical Centre dan Mitsui Outlet di Lembah Klang.
Tidak dilupakan, kafe DÔME di Johor Darul Ta’zim iaitu Gleneagles Medini Medical Centre Johor Bharu dan Johor Premium Outlets. Serta Gurney Plaza Penang dan Queensbay Mall Penang di Pulau Pinang; dan juga Genting Highlands Premium Outlets di negeri Pahang.
Foto: DÔME Café
Baca lebih lanjut: Alami Tarikan Baharu Di Club Med Phuket