Will Smith berdepan satu lagi penghinaan selepas insiden Oscar apabila August Alsina nekad berkongsi butiran seksualnya bersama Jada Pinkett Smith.
August dikhabarkan bersedia menandatangani perjanjian bernilai enam angka dengan penerbit buku yang akan memperincikan saat bahagianya bersama pelakon itu.
Jada, 51, mengakui meniduri rakan anak lelakinya itu ketika masih lagi bergelar isteri Will sejak 2015, menggelarnya sebagai satu ‘hubungan rumit’.
Menurut The Sun, sumber terdekat dengan August memaklumkan bahawa kisah hubungan sulitnya kini sedang dibida oleh beberapa penerbit pada harga yang tinggi.