Ikatan persaudaraan antara pewaris Britain, Putera William dan Putera Harry yang dahulunya amat akrab dilihat semakin parah.
Menurut sumber Diraja, perhubungan Putera William dengan satu-satunya adik yang dimilikinya berada di tahap ‘paling teruk’ sekarang ini.
Pengarang Diraja, Tina Brown mendedahkan kedua-dua putera itu telah lama tidak berhubung bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara maya – membuktikan betapa bermasalahnya perhubungan mereka.
Kali terakhir mereka berkongsi ruang udara yang sama adalah pada upacara perasmian tugu peringatan Puteri Diana di Istana Kensington pada Julai tahun lalu.