Kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard mencuri tumpuan dunia sejak ia dibicarakan di mahkamah bermula 12 April lalu.
Johnny bertindak menyaman bekas isterinya sebanyak RM215 juta atas pendedahan palsu yang ditulisnya dalam The Washington Post di mana bintang Aquaman itu menyatakan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Kes yang kini masih dibicarakan di Fairfax County Circuit Courthouse di Virginia Amerika Syarikat itu membongkar beberapa perkara jelik mengenai kehidupan mereka ketika bergelar suami isteri.
Johnny turut menuduh bekas isterinya berselingkuh dengan beberapa lelaki termasuk Elon Musk dan James Franco malah berpeluang membentangkan bukti kecurangannya di mahkamah.
Ketahui beberapa lagi individu terkenal di Hollywood yang pernah menjalin hubungan romantis dengan Amber.