Kebanyakan selebriti Hollywood mengambil masa berpuluh tahun untuk bertemu jodoh, antaranya bintang realiti Kourtney Kardashian.
Selepas sembilan tahun bercinta dengan Scott Disick dan menjalin perhubungan singkat dengan Younes Bendjima, Kourtney akhirnya bertemu ‘Mr Right’ yang juga dari kalangan selebriti – Travis Barker dan menamatkan zaman bujangnya pada usia 43 tahun.
Pasangan itu menjalin persahabatan selama bertahun-tahun dan tinggal di kawasan kejiranan sama sebelum cinta mereka berputik pada Januari 2021.