Dua belas tahun hidup bersama, hubungan Shakira dan Gerard Pique akhirnya menemui titik noktah.
Shakira mengumumkan khabar duka itu kepada peminat menerusi satu kenyataan rasmi tiga hari lalu.
“Dengan rasa dukacita kami ingin mengesahkan bahawa kami telah berpisah. Demi kesejahteraan anak-anak yang merupakan keutamaan, kami memohon agar anda semua menghormati privasi kami. Terima kasih kerana memahami.”