Penghibur Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.30 malam ini.
Berita duka disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu.
Mengikut sumber, arwah menghidap kanser ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun, merahsiakannya.
Adibah difahamkan sudah lama menderita penyakit kanser namun merahsiakannya daripada pengetahuan ramai pihak.
Menurut sumber jenazah akan dibawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai pada malam ini juga.
Artikel berkaitan: Dominasi Layar Kaca Nad Zainal