Enam tahun menjalin hubungan romantis, Kirsten Dunst dan Jesse Plemons akhirnya bergelar suami isteri.
Kirsten dan Jesse yang memulakan kerjaya di Hollywood sebagai pelakon kanak-kanak melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada hujung minggu lalu di resort GoldenEye di Oracabessa, Jamaica.
Khabar gembira itu disahkan oleh jurucakap pasangan tersebut kepada portal Page Six, “Saya hanya boleh mengesahkan bahawa mereka telah berkahwinan. Saya tidak akan berkongsi sebarang butiran lanjut.”
Resort mewah beriklim tropika itu terkenal sebagai lokasi yang memberi inspirasi. Di situlah Ian Fleming mengarang siri novel popularnya, James Bond dan Sting mendapat ilham menghasilkan lagu Every Breath You Take.