Majoriti daripada kita tidak sedar bahawa sebenarnya kita sedang berada dalam hubungan toksik walaupun sedang menanggung derita yang maha dasyat.
Tidak dinafikan, dalam setiap hubungan pasti ada naik turunnya. Pertelingkahan tidak dapat dielakkan dalam setiap perhubungan. Walaupun begitu, terdapat perbezaan yang ketara di antara masalah perhubungan biasa dengan yang toksik. Hubungan toksik akan memberi impak besar terhadap pasangan sehingga boleh membuatkan si dia mengalami gangguan mental seperti kemurungan, keresahan dan sebagainya. Situasi ini boleh menyebabkan emosi terganggu selagi anda tidak menemui jalan keluar atau penyelesaian terbaik. Semak halaman sebelah untuk mengetahui tanda-tanda adakah anda sedang bersama dengan pasangan toksik supaya anda lebih waspada dan segera mencari solusi untuk pemasalahan ini.