Dari mata jatuh ke hati. Mata adalah tingkap kepada jiwa, penjagaannya memerlukan kondisi sama seperti kulit muka kita, tidak kelihatan kering, letih, dan berkedut!
Memperkenalkan Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm, menampilkan kandungan yang eksklusif, meningkatkan keanjalan dan kelembapan yang berpanjangan!
Formula Ceramide yang kuat dan eksklusif hanya dari tumbuhan digunakan dalam formulasi Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm, pelengkap kepada kecantikan mata yang harus dimiliki. Kondisi teksturnya yang cepat menyerap dan tidak melekit memberikan hasil keanjalan, dan yang paling penting ia membantu permukaan kulit bawah mata untuk jadi lebih tegang dan kuat sepanjang hari.
Sarat dengan kandungan eksklusif ceramida, vitamin F, dan minyak tumbuhan dan mentega kaya omega, Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm membantu menyegarkan, mengambalikan keanjalan, menguatkan kulit secara mendalam ke luar dan kelembapan yang kuat dan tahan lama.
Ekstrak Avena sativa (oat) yang menenangkan membantu menenangkan kulit dan melegakan keletihan di sekitar kawasan mata. Ps, ia 100% bebas daripada minyak pati, silikon dan pewangi, Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm hanyalah rawatan yang menyuburkan dan menenangkan mata anda!
Bagaimana untuk menggunakannya?
Gunakan jari manis anda, titiskan 1 pam ke jari manis dan tepuk perlahan di bawah mata, di sepanjang tulang orbit dan pada kelopak mata anda pada waktu pagi atau malam. Saya lebih suka menggunakannya pada waktu malam sahaja kerana kekayaan kandungannya lebih efektif dan serap lama tanpa gangguan pencemaran udara dan kulit akan rehat lama dari biasa. Jika anda seorang pengguna krim mata pagi, cuba simpan ia di dalam peti sejuk untuk penggunaan yang efektif di pagi hari.
Dapatkan Drunk Elephant Ceramighty AF Eye Balm, berharga RM265, eksklusif hanya di Sephora mulai 12 September 2022!
Artikel berkaitan: Meraikan J’Adore Parfum D’eau, Haruman Bebas Alkohol Sulung Dior