Selepas lima tahun bercerai, Johnny Depp kini dilaporkan sedang menjalin hubungan romantis dengan bekas peguamnya.
Wanita yang dimaksudkan bukanlah Camille Vasquez tetapi Joelle Rich, bekas peguam yang mewakili Johnny dalam tuntutan saman fitnah terhadap akhbar The Sun di United Kingdom pada 2018.
Dia merupakan sebahagian daripada pasukan undang-undang yang dilantik bintang The Tourist itu ketika menfailkan saman terhadap The Sun kerana menggelarnya sebagai ‘kaki pukul bini’, satu tuduhan berat yang dibuat oleh bekas isterinya, Amber Heard.
Bagaimanapun dia kalah dalam tuntutan tersebut selepas perbicaraan berlangsung selama dua tahun.