Pemergian insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi, begitu juga kehilangan selebriti pujaan yang begitu dekat di hati peminat.
Kematian selebriti kebiasaannya diratapi hampir seluruh dunia, terutama jika ia berlaku secara mengejut dan pada usia terlalu muda.
Bakat-bakar besar di Hollywood seperti Amy Winehouse, Paul Walker, Whitney Houston dan Robin Williams meninggalkan dunia ini secara tragis dan tiba-tiba, sekali gus membuatkan peminat terkejut dan berduka.
“Oh, Robin, pemergiannya masih sangat menyakitkan. Saya merinduinya,” luah Pierce Brosnan pada 2019 mengenai pelakon gandingannya dalam Mrs. Doubtfire, lima tahun selepas Robin meragut nyawanya sendiri.
EH! berkongsi sepuluh kematian selebriti Hollywood yang mengejutkan dunia.