Selepas berbelas tahun menderitai skoliosis, Zamani akhirnya selamat menjalani pembedahan pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh isteri Zamani, Nur Juliana Abdul Rani menerusi satu hantaran di Instagram.
“Syukur, Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani telah menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas semua doa-doa buat abang,” tulisnya.
Prosedur pembedahan yang mengambil masa hampir tujuh jam itu dijalankan untuk membetulkan tulang belakang Zamani yang membengkok akibat skoliosis.