Kris Wu yang merupakan penyanyi, pelakon dan model bakal menjadi penghuni tirai besi selepas disabitkan bersalah atas tuduhan merogol.
Selepas ditahan pihak berkuasa lebih setahun lalu, Mahkamah Chaoyang di Beijing akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap Kris atau nama sebenarnya Wu Yifan kerana memperkosa tiga wanita dari November hingga Disember 2020.
“Wu Yifan mengambil kesempatan terhadap tiga wanita yang sedang mabuk…di rumahnya,” menurut mahkamah dalam akaun WeChat rasmi.