Menjadi seorang yang ‘select‘ pada masa kini amat penting, apa lagi anda ingin mendirikan rumah tangga dengan seseorang. Lihat top 5 red flag anda perlu elak sebelum berkahwin.
Top 5 red flag anda perlu elak sebelum berkahwin ini perlu diambil serius. Perkahwinan bukanlah suatu mainan lagi, ia melibatkan banyak perkara yang serius dan ketahuilah bahawa dunia realiti perkahwinan itu amat mencabar. Bagi kebanyakan orang, menjalin hubungan bersama bermakna ingin melihat masa depan bersama.
Biarpun belum ke arah perkahwinan, sudah tentu setiap dari kita menghadapi masalah cinta yang pelbagai, dan kemudian anda bertolak ansur dengan tingkah laku pasangan anda, terutamanya apabila mereka bertingkah laku red flag dihadapan anda, namun anda memilih untuk ‘menutup mata’ dan memaafkannya. NO! Jangan ambil perkara ini mudah, ini adalah isu yang anda tidak boleh terlepas pandang jika anda mahukan pengakhiran yang bahagia.