Peminat dunia hiburan Korea baru-baru ini dikejutkan dengan berita perkahwinan Song Joong Ki, dan kini Lee Seung Gi bakal mengikut jejak langkahnya.
Lee Seung Gi berkongsi khabar gembira itu menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik di Instagram, sekali gus mendedahkan bahawa dia telah pun melamar teman wanitanya yang merupakan seorang aktres, Lee Da In.
“Saya mempunyai banyak sebab untuk menulis entri panjang tahun ini. Hari ini saya ingin berkongsi keputusan paling penting dalam hidup saya.
“Saya telah memutuskan untuk hidup bersama Lee Da In yang dicintai, bukan hanya sebagai pasangan tetapi juga suami isteri. Saya telah melamarnya dan dia bersetuju untuk menjadi isteri saya. Kami akan berkahwin pada 7 April,” tulisnya.