Semarakkan bulan cinta Febuari 2023 dengan himpunan kaca mata Viva Magenta dari Luxottica, hadiah istimewa buat Si Dia dan kamu!
Menghampiri musim lovin‘, inilah masanya untuk kita bersikap over-romantic terhadap pasangan dengan menggayakan koleksi kaca mata baharu daripada Luxottica, jenama kaca mata menawan buat kedua pasangan lelaki dan wanita. Bingkaian yang terkini dan suai pelbagai bentuk muka, Luxottica hadir dengan keunikkan tersendiri. Kali ini memilih pantone warna Viva Magenta sebagai bayangan identiti Hari Kekasih 2023!
Cermin mata berkualiti tinggi Luxottica dari himpunan jenama fesyen mewah dalam satu bumbung ini menawarkan bingkai bersudut, bersaiz besar dan kecil dalam keasyikan warna merah jambu. Pilihan cermin mata ini melengkapkan rupa gaya hari romantik anda bersama pasangan, mudah digaya dimana-mana acara, sempurna emosi dan penuh rasa cinta Viva Magenta. Pilihan kaca mata yang tepat akan memberikan anda keyakinan untuk mencipta date yang forever remember bersama pasangan di bulan kekasih. Semestinya anda ingin kelihatan bersedia dan trendy pada hari tersebut, kan? Kaca mata yang tidak sesuai dan so yesterday boleh membuat anda tampak kurang yakin dan tidak lengkap.
Ingin tahu koleksi dari Luxottica yang mana sesuai untuk anda? Swipe ke sebelah: