Meraikan karya seni dan para pelakon, Oscars merupakan antara majlis anugerah yang dinanti-nantikan pada setiap tahun. Tidak kira bagi siapa dan di mana, Oscar Awards pasti meraih perhatian ramai.
Oscars atau juga dikenali sebagai Academy Awards, boleh dikategorikan sebagai malam anugerah terbesar bagi seorang anak seni. Seperti tahun lepas, pentas berprestij itu dibuka tirai oleh persembahan memukau daripada bintang terbesar, Beyonce. Bakal kembali dengan 95th Academy Awards 13 Mac ini, pasti semua tidak sabar dengan apa lagi kejutan yang akan disajikan pada malam anugerah tersebut.
Namun, selain daripada acara itu tersendiri, fesyen dan gaya oleh selebriti juga mendapat perhatian ramai. Mungkin sesetengah selebriti memilih untuk bersinar dengan persembahan, tetapi ada juga yang cuba untuk raih perhatian media dengan fesyen yang pelik.