Sesi ramah mesra bersama peminat bertukar tragedi apabila Kamal Adli diserang lelaki disangka peminat menggunakan cota di Ekspo Keusahawanan Singapura kelmarin.
Isteri kepada Kamal Adli yang juga pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan suaminya ditidurkan bagi menjalani pembedahan selepas cedera parah diserang individu tidak dikenali dalam satu kejadian di Singapura, sebentar tadi. Menurut Uqasha “Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana?”
Uqasha mendakwa kejadian itu berlaku antara jam 9 malam hingga 10 malam tadi, apabila mereka yang hendak meninggalkan acara, melayan permintaan seorang wanita berkerusi roda yang mahu merakamkan foto bersama.
Sambung Uqasha lagi, “Kamal kemudian tegur lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu keluarkan cota dari poket dan pukul belakang kepala Kamal berkali-kali.” Berikutan insiden itu, Kamal mengalami pendarahan teruk berpunca daripada lubang besar di bahagian dalam kepalanya selepas dipukul bertubi-tubi menggunakan cota.
“Darah Kamal berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul tulang pipi. Lelaki itu kemudian pukul berkali-kali pada badan Kamal,” laporan akhbar BH Online di Singapura.
Pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu dalam pada masa sama memohon semua yang mengenali suaminya untuk mendoakan kesembuhan dan keselamatan mereka yang berada di Singapura ketika ini.
Baca: Farid Kamil Bongkar Kisah Silam Syamsul Yusof & Diana Danielle