Acara langsung berprestij tahunan ke-95 kini kembali, Oscar 2023 menampilkan penerima calon anugerah yang sengit dan barisan fesyen selebriti yang memukau di pawagam di Teater Dolby, Los Angeles.
Gaun kemerlapan Jamie Lee Curtis oleh Dolce & Gabbana hingga kepada gaun labuci Elizabeth Olsen yang mempamerkan keanggunan hitam menghiasi permaidani karpet merah Oscar 2023. Oh, turut memukau gaun Prada merah jambu yang disarung oleh Hong Chau dengan siluet drape hitam dibelakang kepada gaya memukau selebriti Allison Williams dalam busana momen couture hasil Giambattista Valli berwarna merah jambu menjadi idaman kalbu EH!
Antara gaya fesyen teratas, ia pasti bakal menjadi gaya ikonik yang akan diingati pada malam Oscars sepanjang masa. Berikut adalah pakaian, gaun dan ensembel terbaik dari permaidani merah Anugerah Akademi Oscar Tahunan ke-95.