Mac 2023 melakar episod indah buat Aedy Ashraf dan Amelia Henderson apabila kembali menjalin cinta selepas hampir setahun membawa haluan masing-masing.
Hadir bersama ke majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini baru-baru ini, Aedy Ashraf mengakui dia selesa berkawan dengan Amelia, wanita paling istimewa dalam hidupnya kini dan amat serius dengan perhubungan yang terjalin.
“Amelia adakah kurniaan Allah dalam kehidupan saya. Sebenarnya hampir setahun juga kami tak jumpa, tetapi sekarang sudah kembali rapat. Amelia sangat baik, kami sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu. Saya tidak tahu bagaimana dengan Amelia, tetapi saya sangat serius mengenai perhubungan ini. Sebelum ini seperti yang semua orang tahu, kami pernah menjadi kawan yang sangat istimewa. Senang cerita, sekarang kami kembali bersama,” katanya kepada BH Online.
Pelakon Budak Tebing itu bagaimanapun tidak mahu peminat yang selama ini mendoakan penyatuan mereka meletak harapan tinggi terhadap masa depan hubungannya dengan Amelia. Namun dia mengakui mereka sedang mencuba yang terbaik untuk menjayakan hubungan ini.