Apakah Work-Life Balance a.k.a keseimbangan kerja-kehidupan, dan bagaimana anda boleh mencapainya?
Work-Life Balance adalah bahagian penting dalam penjagaan diri apabila anda dapat menyesuaikan tanggungjawab harian kerja anda, kehidupan rumah dan hubungan dengan ahli keluarga dalam satu masa.
Maksud work-life balance.
Work-life balance a.k.a keseimbangan kerja-kehidupan ialah jumlah masa yang anda luangkan untuk melakukan kerja harian berbanding jumlah masa yang anda luangkan bersama orang tersayang atau mengejar minat dan hobi peribadi. Kita semua merasai perasaan burn out apabila permintaan komitmen yang bertimbun di satu sisi skala kehidupan antara kerja dan kehidupan mengawal emosi harian kita. Waktu muda yang terluang sungguh memenatkan kerana ingin memiliki kehidupan tua yang sempurna dan kewangan yang stabil.
Melihat rakan sebaya atau pempengaruh yang berjaya membuatkan anda juga ingin berjaya namun peluang yang tipis atau luck hanya terjadi jika anda memiliki rupa, bakat, personaliti yang baik dan sebagainya. Hal ini tidak berlaku kepada semua orang, lain orang, lain haluan dan cabarannya.