Pengarang kecantikan EH! berpeluang merasai pengalaman bedak asas GUCCI Éternité de Beauté, satu sahaja ayat mengekspresikan perasaan, “Ia berbaloi dan kalis peluh!”.
Perkara pertama yang saya cari dalam GUCCI Éternité de Beauté, semestinya adakah ia bedak asas tahan lama dan apakah keistimewaan lain yang akan ditonjolkan kali ini? Bentuk produk yang selesa dipegang dan desain minimalis ringan ini, terus saya buka penutupnya dan calitkan setitis di atas permukaan tangan dan sapu ia rata. Suara ayat bermain di minda, “Ia meresap dan tidak meninggalkan kesan rekah.” Sesuatu yang selalu saya cari dalam bedak asas kecantikan ini.
Sambil membelek botolan bedak asas ini, seorang pembantu kecantikan GUCCI datang kepada saya dan bercakap ingin menunjukkan magik akan bedak asas GUCCI ini. Saya lantas setuju dan melihat apa yang dilakukannya. Beliau keluarkan botol semburan air, sehelai tisu dan GUCCI Éternité de Beauté. Pertama, beliau sapu kembali bedak asas di atas tangan saya dan beliau sembur kan air di atas berkenaan. Dibiarkan selama 3 minit, szap terus disapu ia dengan tisu. Sungguh tidak meninggalkan kesan dan ia anti pemindahan! Ia adalah trik solekan yang perlu saya miliki lagi-lagi menjelangnya Aidilfitri tidak lama lagi.
GUCCI Beauty memperkenalkan GUCCI Éternité de Beauté, bedak asas tahan lama, pelengkap solekan Aidilfitri.
Gucci Beauty baru-baru ini memperkenalkan bedak asas anti-pemindahan terbaru, Éternité de Beauté, menjanjikan solekan tahan lama mengekalkan penampilan anda secara utuh selama 24 jam.
Asas anti-pemindahan yang diformulakan dengan bahan serbuk berkualiti tinggi dan pigmen bersalut teknologi proprietary polymer disatukan untuk menghasilkan solekan sempurna, serap kulit, memberikan tekstur yang nipis dan bernafas pada pemakai.
Formula cecair Éternité de Beauté juga didatangkan dengan minyak mawar hitam asid hyaluronik untuk memastikan penghidratan wajah kekal lama. Gabungan formula rupa kilauan semula jadi ini memberikan hasil glowing malah melindungi kulit anda sepanjang hari, meminimumkan penampilan liang pori daripada matahari dengan bahan SPF 15.
Hadir dalam 25 warna merentasi empat kategori rona: Sejuk (C), Neutral (N), Hangat (W) dan Zaitun (O) pasti melengkapi gaya Aidilfitri anda, anggun dengan tip dan trik bersama Éternité de Beauté.