Ingatkah anda akan apa yang telah berlaku kepada Diana, Puteri Wales pada 26 tahun lalu? Meghan Markle dan Putera Harry dilaporkan hampir terlibat dalam kejadian sama, ‘Near Catastrophic Car Chase’ oleh paparazi agresif di New York City.
Jurucakap kepada pasangan Duke dan Duchess of Sussex berkata, mereka dikejar oleh paparazi yang sangat agresif selama lebih dua jam. Aksi kejar mengejar antara Meghan Markle & Putera Harry dan paparazi agresif dilaporkan berlaku di New York City.
Tragedi Diana, pengajaran kepada Keluarga Diraja termasuk Meghan Markle & Putera Harry.
Jurucakap pasangan itu berkata dalam satu kenyataan kepada PEOPLE, “Malam kelmarin telah terjadi kemalangan yang tidak diingin dimana, The Duke and Duchess of Sussex terlibat dalam aksi kejar-mengejar kereta yang hampir membawa maut di tangan sekumpulan paparazi yang agresif. Pengejaran tanpa henti selama lebih dua jam telah mengakibatkan beberapa perlanggaran melibatkan pemandu lain di jalan raya, pejalan kaki dan dua pegawai NYPD.”
Tambah mereka lagi, aksi berkenaan tidak seharusnya berlaku kepada pasangan Diraja berkenaan. “Walaupun mereka adalah tokoh awam dan diminati oleh rakyat, namun ia tidak sepatutnya melibatkan kos keselamatan sesiapa,” tambah jurucakap Putera Harry dan Meghan. Pengambilan imej yang diambil oleh paparazi secara agresif dan tidak selamat, mengganggu dan berbahaya kepada umum.