Khas buat peminat Peko-Chan, kini penantian anda berakhir kerana koleksi terhad shu uemura x Peko bakal diadakan di Pop Up Store Mid Valley minggu hadapan!
Sesiapa yang menggemari makanan manis, mereka pasti mengenali Peko-chan. Maskot kanak perempuan animasi Jepun yang comel kini diperbaharui dalam konteks produk kecantikan bercirikan futuristik inspirasi fesyen Y2K kolaborasi khas bersama shu uemura.
Selepas kerjasama bersama Hello Kitty dan Sailor Moon pada masa lalu, kali ini shu uemura membawakan kelainan akan koleksi solekan terhad Peko yang terdiri daripada 6 produk termasuk palet pembayang mata, gincu, pencuci muka, pensil kening dan pemerah pipi. Item eksklusif ini turut dibalut khas dengan pembungkusan baharu metalik dengan logo ikonik maskot Peko di hadapan.
Menampilkan kelainan moden untuk koleksi solekan edisi terhad ini, shu uemura mengekspresikan kebebasan bersuara untuk membolehkan anda meneroka kecantikan individu. Bermain dengan solekan warna gula-gula segar, diselitkan dengan tekstur sinar, koleksi shu uemura x peko ini memberikan peminat alasan yang tepat untuk menyerlahkan keanggunan mereka dengan penampilan solekan yang tidak berkesudahan.
Pop Up Store shu uemura x Peko bakal diadakan di Mid Valley dari 5 Jun sehingga 11 Jun 2023. Tanda kalendar anda segera!
Ps, jangan lepaskan peluang untuk menangi tawaran hebat!
- Ambil gambar bersama Peko dan tebus kit pensampelan Ultime8 Sublime Beauty Cleansing Oil.
- Sertai permainan menarik dan tebus kit pensampelan dan gula-gula kapas 3D.
- Luangkan masa dan tebus hadiah hebat dengan mesin gashapon! *Pembelian minimum.
- Tawaran Hebat – Happy hour di pop up. *Tiada pembelian diperlukan.
- Tawaran Terhad Cleansing Oil – beli mana-mana 450ml cleansing oils (termasuk edisi terhad Peko Uitime8 cleansing oil) dan dapatkan 3 x 50ml deluxe cleansing oil(bersamaan dengan 150ml cleansing oil). *Stok adalah terhad
Lokasi: Mid Valley, East Entrance Lobby (GF)
Tarikh: 5 Jun 2023 – 11 Jun 2023