Kelima-lima selebriti Malaysia ini bukan sahaja menawan tetapi berbakat hingga muka mereka dibandingkan oleh peminat kerana mirip dengan muka selebriti antarabangsa.
Seseorang yang iras wajah kita mungkin wujud di dalam dunia ini dan ada yang mengatakan ada tujuh orang yang mempunyai kebarangkalian mempunyai wajah seiras. Ianya boleh dikatakan agak mengujakan jika melihat diri sendiri mempunyai mirip seseorang apatah lagi jika ianya seorang yang ternama atau terkenal.
Benarlah kata orang tua-tua, dalam dunia ini akan ada tujuh orang muka hampir sama dengan kita. Samada ia satu kebetulan atau memang anda punya pertalian saudara dengannya. Baru-baru ini, saya lihat ada antara selebriti tempatan kita semakin rancak bergaya persis artis luar negara. Jom, kita lihat siapakah antara gerangan artis tempatan hampir mirip dengan bintang antarabangsa.