Matty Healy Membidas Undang-undang Anti-LGBTQ Malaysia dan mencium pemain Bassist 1975 di atas pentas di Kuala Lumpur: “Berhenti beritahu kami dengan siapa kami boleh bersetubuh’.
Penyanyi 1975, Matty Healy memberi beberapa patah mesej buat kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang anti-LGBTQ dengan melampau semasa membuat persembahan di ibu kota negara, Kuala Lumpur, pada 21 Julai kelmarin. Matty mengulas, “Saya membuat kesilapan. Semasa kami menempah slot konsert ini, saya tidak melihatnya (Undang-undang Anti-LGBTQ). Tetapi saya tidak menyesal… menjemputan The 1975 ke sebuah negara Malaysia dan kemudian mereka memberitahu kami dengan siapa kami boleh melakukan hubungan, larangan dan sebagainya” kata Healy sebelum memotong konsert itu.
Matty sambil memegang botol wain mengatakan dirinya memohon maaf dan bersimpati akan negara Malaysia dan menyumpah kerajaan dengan kata kesat. Penonton yang hadir terkejut dengan tingkah laku tidak senonoh yang tidak dijangka.
“Saya minta maaf jika itu menyinggung perasaan kamu, dan kamu beragama… tetapi undang-undang kerajaan kamu adalah tidak masuk akan dan teruk. Saya tak kisah lagi.” Healy kemudiannya bercakap secara langsung kepada penonton: “Malangnya, anda tidak akan mendapat persembahan daripada kami malam ini dan saya sangat marah. Dan itu tidak adil untuk kamu semua, kerana kalian bukan wakil kerajaan. Kamu semua adalah orang muda, dan saya pasti ramai di antara yang hadir hari ini adalah gay dan progresif.”
Lagi dari Healy. “Kami berkata kepada mereka (penganjur), ‘Anda tahu apa? Kami tidak boleh mengecewakan generasi muda ini hanya kerana mereka bukan kerajaan… Jika anda mahu menjemput saya ke sini untuk membuat persembahan, lakukan ia dengan betul. Saya akan mengambil wang anda, anda boleh melarang saya, tetapi saya telah melakukan ini sebelum ini (di negara Arab), dan ia tidak menggangu kami.”
Pemain bass 1975 Ross MacDonald kemudian berjalan ke arah Healy dan kedua-duanya terlibat dalam ciuman, sebagai protes terhadap undang-undang anti-gay Malaysia. Sebelum keluar dari pentas, Healy berkata kepada orang ramai, “Baiklah, kami perlu pergi. Baru sahaja diharamkan dari Kuala Lumpur, jumpa lagi nanti.” Kumpulan itu akan mengadakan persembahan seterusnya di Jakarta, Indonesia, di We the Fest.
Jawapan rasmi dari pihak Good Vibes Festival 2023 tentang tiket dan The 1975:
“Kami kesal akan prestasi The 1975 terpaksa ditamatkan awal kerana kumpulan terbabit tidak mematuhi garis panduan prestasi konsert tempatan. Good Vibes Festival sentiasa berdedikasi untuk menyediakan pengalaman muzik yang menyeronokkan, dan kami amat menghargai sokongan berterusan daripada anda. Festival Good Vibes 2023 akan diteruskan seperti yang dijadualkan, dan kami sangat menjangkakan kehadiran anda pada hari Sabtu dan Ahad.”
Tamabah lagi, Good Vibes turut mengambil perhatian akan tiket yang telah ‘sia-sia’ oleh pembeli yang kebanyakkannya ingin melihat The 1975, “Kepada yang hadir pada hari Jumaat, 21 Julai 2023, kami memahami kekecewaan anda. Jika anda mempunyai gelang tangan konsert hari Jumaat sahaja, anda kini boleh menebus kembali tiket dengan menghadiri festival sama ada pada hari Sabtu atau Ahad. Hanya tunjukkan gelang tangan hari Jumaat di pintu masuk utama untuk masuk. Kami berharap dapat berjumpa dengan anda tidak lama lagi.” jawab mereka dengan kesal dan prihatin.