EH! mahu update haruman lelaki terbaru, mungkin ada yang sepadan dengan personaliti jejakan pujaan anda!
COACH GREEN
Jenama fesyen Amerika ini hadir dengan haruman baharu buat lelaki, dinamakan sebagai Coach Green minyak wangi ini diinspirasikan dari rasa segar kehijauan di tengah-tengah kesibukan kota. Pakar haruman Marie Salamagne mengilhamkan haruman ini dengan menyeimbangkan antara nuansa aroma yang bersifat urban dan juga yang sarat dengan elemen semula jadi.
Haruman ini menyatukan bahan-bahan seperti buah kiwi, kayu sedar, rosemary, geranium dan bergamot. Bagi botol haruman ini pula, Coach mengabadikan imejnya sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan aksesori dari kulit, dan menyempurnakannya dengan sentuhan metal.