Olivia Rodrigo secara rasmi mengumumkan album keduanya selepas 2 tahun album sulungnya, ‘SOUR’ dilancarkan pada Mei 2021.
Penyanyi pop berusia 20 tahun itu telah mengesahkan nama rekod album kedua beliau ‘Guts’ yang akan keluar pada 8 September 2023. Penerima anugerah Grammy itu telah mengeluarkan senarai lagu rasmi pada 1 Ogos. Dia juga turut berkongsi muka depan untuk bahagian belakang album. Album itu juga dihasilkan dan ditulis bersama oleh Dan Nigro, yang sebelum ini bekerjasama bersamanya di album SOUR.
Selepas 2 tahun, Olivia Rodrigo bakal tampil dengan album kedua!
Olivia telah mendedahkan tajuk album dan muka depan pada akhir Jun lalu. Muka depan yang memaparkan penyanyi itu berbaring dengan latar belakang ungu gelap dan memaparkan cincin perak di Jarinya yang bertulis “GUTS.” Tulisnya di instagram, “Album tahun kedua saya GUTS akan dikeluarkan pada 8 September 2023. Saya sangat berbangga dengan rekod ini dan saya tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua.”
Menurut Olivia, album ini adalah tentang kesakitan yang semakin meningkat dan cuba untuk mengetahui siapa dirinya pada ketika ini dalam hidupnya. Olivia juga mengumumkan lagu “Vampire” di dalam Instagram miliknya dan desas-desus dikatakan lagu itu telah mendapat ilham dari hubungan 6 bulannya bersama Zack Bialobos. Album dan single “Vampire” hadir dalam keluaran cetakan vinil dan CD. Karya seni lagu itu menampilkan potret hitam putih Olivia dalam profil sisi, merujuk kepada filem vampire 1968 Dracula Has Risen from the Grave.
Ditanya pula mengenai kolabrasi bersama Dan Nigro, Olivia berkata “Saya sangat suka bekerja dengan Dan. Kami mempunyai alur yang baik bersama-sama. Kami sentiasa berkongsi idea dan meluangkan masa untuk bekerja bersama di studio. Kejayaan album Sour berada di pentas dunia adalah sesuatu yang benar-benar hanya Dan dan saya boleh kaitkan, dan saya fikir itu telah merapatkan kami bersama. Saya sangat mempercayainya dan sangat menikmati muzik yang kami hasilkan.”
Mengenai album baharunya, Rodrigo memberi jaminan bahawa dia sudah “bersedih”. “Saya pasti tidak sedih seperti ketika saya menulis Sour,” katanya. Saya sangat teruja untuk membuat rekod seterusnya dan meneroka lebih banyak warna dan tekstur serta perasaan serta berkembang sebagai manusia dengan lebih banyak lagi. Saya sangat teruja untuk itu.”
Dalam video teaser yang menyusuli sehari selepas Olivia berkongsi klip misteri yang dipenuhi dengan tajuk lagu tersembunyi, bintang pop berusia 20 tahun itu mendedahkan bahawa album Guts yang dijadualkan pada September akan termasuk keseluruhan 12 trek lagu.
Artikel berkaitan: BTS V Umum Debut Album Solo ‘Layover’